Monday, August 17, 2009

AL - FATIHAH !!!!

Al-Fatihah maksudnya pembuka iaitu pembuka segala khazanah rahmat. Al-Fatihah ialah surah yang wajib dibaca dalm solat (rukun) dan tidak sah solat jika tidak membaca al-Fatihah. Surah ini mengandungi berbagai rahsia, berkat dan khazanah rahmat. Juga berkhasiat sebagai perubatan. Seluruh intipati al-Quran yang mulia itu terkandung semuanya dalam satu surah iaitu al-Fatihah. Bayangkan betapa hebatnya surah al-Fatihah ini.Jika kita ingin menjadi kaya, ya semua orang mahu, kita mesti rajin berusaha dan berani meneroka bidang-bidang yang memberi pulangan lumayan. Disamping rajin bekerja, cubalah amalkan membaca surah al-Fatihah setiap selesai solat sunat qobliyah subuh (iaitu solat sunat 2 rakaat sebelum solat fardu subuh). Bacalah dengan bilangan sebanyak 41 kali. Maka apabila seseorang yang membacanya itu berniat supaya Allah memberikan kekayaan, muda-mudahan diberi kekayaan itu melalui jalan-jalan yang dibuka oleh Allah. Jika mempunyai hutang insyaAllah akan terbayar, jika sakit maka akan disembuhkan dengan cepat, jika lemah maka menjadi kuat. Tapi harus mengamalkan secara istiqomah, insyaAllah akan mendapat makbul.Juga disebutkan dalam kitab Khowasul-Quran, jika al-Fatihah itu dibaca sebanyak bilangan hurufnya iaitu 313 kali (juga bilangan para Rasul), atau dibaca 1000 kali, dalam masa 3 hari, atau 5 hari, atau 7 hari, maka apa yang diinginkan akan cepat terkabul, insya-Allah. Disini bukan maksudnya membaca seribu kali sehari, tetapi jumlah 1000 kali itu ditamatkan membacanya dalam jangka waktu 3, 5, atau 7 hari. Contohnya anda ingin menghabiskan jumlah 1000 kali al-Fatihah dalam masa 5 hari, bacalah setiap hari sebanyak 200 kali. Maka dalam masa 5 hari, anda telah membaca sebanyak 1000 kali. Syaratnya, semasa membaca mestilah dalam keadaan berwuduk, menghadap kiblat, dan semasa membaca jangan diselangi dengan perbicaraan lain. Usahakan supaya sesi anda tidak diganggu.Cubalah kerana ini suatu amalan yang mujarab!

2 comments: