
Berita Ghaib & Tanda-tanda Akhir Zaman Dari Hadiths Rasullullah SAW a) Tanda-Tanda Hampir Terjadinya Tanda Besar Hari Kiamat (Sedang Berlaku Dan Akan Berlaku) ;- 1) Seorang hamba sahaya perempuan dikahwini tuannya. 2) Orang-orang miskin dan pekerjaannya mengembala kambing tiba-tiba menjadi para pemimpin manusia banyak. 3) Para pengembala yang sama, bermegah-megahan dengan gedung-gedung besar dan tinggi-tinggi. 4) Ilmu agama sudah tidak dianggap penting lagi. 5) Ilmu agama sudah tidak lagi difahami dan tidak dipelajari para manusia. 6) Tersebarnya perzinahan kerana memperolehi izin rasmi untuk mendirikan tempat pelacuran/perzinahan dari setiap pemerintah yang bersangkutan. 7) Segala minuman keras seperti khamr (arak) sama diminum dengan berleluasa dan bebas, peminumnya sudah tidak lagi mengenal dosa, bahkan sebagai kebanggaan. 8) Jumlah orang lelaki lebih sedikit kerana sedikitnya bayi lelaki yang lahir, dan ramai kaum lelaki yang sama, mati/meninggal dunia. 9) Meluapnya jumlah kaum wanita melebihi kaum lelaki dengan perbandingan 50 berbanding seorang lelaki. 10) Adanya 2 golongan besar sama berbunuhan, dengan semboyan sama-sama akan menegakkan agama Islam. 11) Lahirnya para Dajjal ( tukang dusta ) yang jumlahnya hampir 30 orang semuanya mengaku sebagai utusan Allah (Yang didewa-dewakan). Dihalalkan arak, perzinaan, pakaian dari sutera dan kecapi-kecapi (alat-alat muzik);- Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya nanti akan benar-benar terjadi; akan ada suatu kaum dari Umatku (Islam) yang mengatakan halalnya perzinaan, pakaian sutera, arak dan kecapi-kecapi (alat-alat muzik);- (Riwayat Thabrani) Rasulullah s.a.w. bersabda: Sungguh akan ada beberapa orang dari umatku yang meminum khomer (arak), mereka namakan dengan nama lain. Kepala mereka itu dilalaikan dengan bunyi-bunyian (muzik) serta nyanyian, lalu Allah tenggelamkan mereka ke dalam bumi dan akan menjadikan mereka itu seperti kera dan babi;- (Riwayat Ibnu Majah). Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang suatu masa, di mana manusia menganggap halal riba dengan nama jual beli;- (Riwayat Ibnul Qayyim).
عن ابن عباس قال : سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول : « اللهم ارحم خلفاءنا » ، قلنا : يا رسول الله ، وما خلفاؤكم ؟ قال : « الذين يأتون من بعدي ، يروون أحاديثي وسنتي ، ويعلمونها الناس » Daripada Ibn ‘Abbas katanya saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: "Ya Allah, rahmatilah khalifah-khalifah kami. Kami beritanya. "Siapakah khalifah-khalifahmu? Baginda menjawab: "Mereka yang datang selepasku dan meriwayatkan hadis-hadisku dan sunnahku serta mengajarkannya kepada orang ramai" (hadis riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Awsat)
Dari Abu Malik Al-Hariths bin Ashim Al-Ashya'ri r.a, katanya : Telah bersabda Rasulullah SAW : ' Suci itu sebahagian daripada iman, dan Alhamdullilah memenuhi timbangan, dan Subhanallah Wal-Hamdullilah pula akan memenuhi ruang antara langit dan bumi. Dan sembahyang itu cahaya, dan sedekah itu bukti, dan sabar itu sinaran dan Al-Quran itu dalil bagimu atau atasmu. Setiap manusia berusaha, ada yang menjual dirinya, ada yang memeliharanya dan ada yang membinasakannya
Salam.,mcm mne sy nk join pertubuhan ni.,??? Ad cara x.,???
ReplyDelete